smash@forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polisi dan Peraturan Forum

Go down

Polisi dan Peraturan Forum Empty Polisi dan Peraturan Forum

Post  Admin Sun Apr 04 2010, 02:55

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Warga SMASH yang dihormati sekalian, SMASH@forum diwujudkan secara percuma untuk semua ahli yang mendaftarkan diri dalam forum ini. Pihak pentadbiran mengambil pendekatan secara muhibbah dan segala bentuk 'content sharing' adalah bagi meningkat kemahiran dan pengetahuan dalam diri setiap ahli komuniti.

Sila ambil perhatian mengenai perkara berikut sebelum anda mendaftar sebagai ahli berdaftar untuk turut serta di dalam forum diskusi ini.

A. Pendaftaran

1.Pilih id@username yang sesuai dan sopan. Id@username yang membawa maksud yang keterlaluan akan di buang.

2.Setelah selesai pendaftaran, satu 'welcome note' bersama username & password yang telah daftarkan akan dihantar
ke e-mel anda. Buka e-mail anda dan klik pada pautan yang telah disertakan untuk tujuan 'activation'. Selamat mencuba...


B. Daftar Masuk & Keluar (Login & Logout)

1.Anda boleh melayari forum ini tanpa daftar masuk/login. Bagaimana pun jika anda ingin membuat sebarang aktiviti diskusi, anda perlu daftar masuk terlebih dahulu.

2.Sekiranya anda telah daftar masuk, sila pastikan anda daftar keluar/logout sebelum anda meninggalkan forum ini atau menutup browser window bagi mengelakkan sebarang kesulitan cookies dalam pc anda.


C. Syarat & Peraturan Forum

1.Sila masukkan diskusi/artikel dan sebagainya pada ruangan yang betul.

2.Gunakan bahasa dan perkataan yang sesuai dan mudah difahami.

3.Gunakan saiz dan warna font yang bersesuaian.

4.Elakkan posting karut yang tiada asas atau bukti kukuh dan menimbulkan isu sensitif ramai.

6.Di larang menghantar thread atau post dalam bentuk SPAM.

7.Di larang menghantar thread atau post yang berbaur cacian, maki hamun, kutuk-mengutuk, kelucahan dan sebagainya.

8.Tidak terlalu emosi@mengikut perasaan marah (secara terang-terangan) yang boleh menyebabkan kekacauan/kemarahan pihak lain.

9.Di larang menghantar sebarang post atau thread yang berbaur sensitiviti (politik, perkauman dan sebagainya).

10.Di larang menghantar sebarang artikel yang boleh disabitkan kesalahan atas sebab diletakkan tanpa rujukan (citation) atau unsur-unsur plagiarisma.


Kerjasama semua ahli forum adalah sangat diharapkan demi menambahkan pengetahuan, meningkatkan pencapaian dan merapatkan ukhuwah sesama ahli komuniti.

Sekian, terima kasih.
Admin
Admin
Admin

Posts : 41
Join date : 03/04/2010

https://smashs4e.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum